Penahanan alkitab - Oh Bahasa Melayu hanya untuk Orang Melayu?

2

Written on 3/17/2011 01:48:00 PM by Valsonz

Penahanan alkitab oleh kerajaan Malaysia adalah satu perbuatan yang sangat tidak wajar. Dilaporkan 30,000 naskah ditahan di Pelabuhan Kuching dan 5,000 naskah ditahan di Pelabuhan Klang sejak Januari lalu.Nampaknya selepas isu kalimah 'Allah', kini muncul pula isu penahanan alkitab. Tidak habis2 dengan isu itu dan ini.

Sangat menghairankan apabila tetiba sahaja sekarang bible ditahan kerana ianya dicetak dalam bahasa Indonesia / Melayu. Sedangkan sudah mungkin bertahun2 lamanya alkitab ini telah diedarkan di negara ini. Dan tiada pula isu yang timbul. Isu ini hanya timbul kerana ada pemimpin yang berlagak 'hero' dan mempolitikkan keadaan.

“Tak masuk akal kenapa sesetengah pihak berkeras hendak edar Injil bahasa Melayu walhal secara rasmi semua orang Melayu adalah beragama Islam."  

“Kalau nak edar di kalangan masyarakat di Malaysia Timur, kenapa tidak dikeluarkan ikut dialek masing-masing? Kenapa mesti dalam bahasa Melayu yang bukan 'their mother tongue' (bahasa pertuturan harian mereka,”

-Datuk Ibrahim, PERKASA

Ini adalah satu kenyataan yang paling mengecewakan daripada seorang yang bergelar pemimpin. Tidak sedarkah Datuk Ibrahim yang Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan telah menjadi Bahasa Malaysia?

Di Sabah dan Sarawak, setelah bergabung membentuk persekutuan Malaysia, kerana  menghormati persekutuan, rakyat terpaksa mempelajari Bahasa Melayu (Baku) dan menerima sistem pendidikan dengan BM sebagai bahasa pengantar.

Sedarkah Datuk Ibrahim akan perkara ini?

Atau adakah sekarang Datuk Ibrahim ingin menegaskan bahawa Bahasa Melayu hanya untuk Orang Melayu?

Woi datuk, kami sini guna Bahasa Melayu juga bah! Bahasa Melayu original lagi. Haiyo..Sebab BM, sebahagian besar generasi muda tidak fasih bahasa 'Mother Tongue' kami wo. Anda memang zzz.  



SYARAT SEKATAN yg STUPID?
Kerajaan akhirnya bersetuju melepaskan alkitab tersebut tetapi syarat sekatan yang diberi pula langsung tidak munasabah! Ianya seperti kerjaan cuba mengawal ajaran agama ini. Yang secara langsung menghalang kebebasan beragama penduduk di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. 

"Untuk Kristian Sahaja" & Nombor Siri mesti dicetak di setiap alkitab 

Menurut beberapa pemimpin gereja arahan Injil hanya untuk penganut Kristian sahaja sukar dipatuhi.

“Meskipun bersetuju Injil bukan untuk orang Islam, tetapi bagi masyarakat bukan Kristian yang juga bukan Islam, memiliki kitab tersebut akan menimbulkan masalah kepada diri mereka sendiri dan juga kepada pihak gereja.

“Dengan sekatan seumpama itu, kita tidak boleh berkongsi 'berita baik' dengan masyarkat bukan Kristian yang tidak beragama Islam,”
 
Memang paling betul. Mengarut saja mo buat catakan 'Untuk Kristian Sahaja' di alkitab tu. Kalau orang yang teda agama tiba2 pigang tu bible, trus kana saman la kunun? Palui btul la.. haiyo..


p.s kalo rasa2nya kamu inda setuju dgn tulisan sia ni.. suka hati kamu la... tapi kalo rasanya ada 'fakta' yang salah.. tolong perbetulkan.. and ~Saya budak baru belajar bah... babai

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

2 Comments

  1. Anonymous |

    Pemimpin sekarang fikir yang mereka itu sgt bijak. Mereka cuma ada duit saja,otak..hampeh..sori too say..

     
  2. Arms |

    Waaa hebat oo ko... and so daring ;) I like.Sia click LIKE button byk kali suda ni haaha.
    Eniweiz,I agree with you 100%.Mo juga melawan ba tapi apa buli buat,kerajaan suda gitu. Mo tunggu ganti kerajaan ja ni ;D

     

Post a Comment


Post a Comment Using Facebook

Recent Comments