Internet addicted
Written on 6/05/2009 10:49:00 PM by Valsonz
Ketika saya menulis post ini. Jam telah menunjukkan 10.50 malam. Sepuluh minit lagi jam11. Mata ini sudah terlalu letih sebenarnya namun tangan pula sibuk meng'klik' dan menaip itu ini, sekarang menaip post inilah.
Entah sudah berapa jam saya telah habiskan masa hari ini hanya duduk menghadap laptop sahaja. Mungkin lebih 12 jam tanpa henti. Tidak terdetik pula hati ini untuk mengira waktu2 yang telah saya gunakan untuk melayari internet.
Keseronokkan untuk berada di dalam dunia maya memang mengagumkan. Seperti yang kita telah biasa dengar, dunia di hujung jari. Ya, kita boleh berhubung @ chatting dengan siapa2 sahaja di seluruh dunia. Tambahan pula laman2 web sosial seperti Friendster, Tagged, Facebook, Netlog, Hi5 dan bermacam2 lagi memang bertimbun-timbun di dunia internet ini.
Apa juga benda, manfaat yang boleh kita perolehi? Tak tahulah pulak. Tapi inilah, Internet addicted. Tiap2 masa, Internet semacam sudah menjadi satu keperluan. Saya sudah merancang untuk membeli broadband nanti jika saya tidak mendapat mana-mana connection lagi. Wah, buang duit lagi.
Dulu time sekolah punya susah nak dapat Internet. Maklumlah kampung boy. Dapat peluang semasa hujung minggu sahaja. Itupun terpaksa membelanjakan rm3 untuk sejam.
Maaf. Saya tidak mahu memanjangkan kisah atau cerita karut2 ini. Saya sebenarnya cuma ingin menulis. Malam masih muda. Namun saya terpaksa mengundur diri kerana saya perlukan rehat secukupnya untuk esok.
Esok kami akan mengunjungi daerah kelahiran saya, Keningau untuk projek kami di sana. Apapapun, semoga esok merupakan hari gembira untuk semua orang..











