Antara Hidup dan Mati
Written on 3/23/2009 12:12:00 PM by Valsonz
Manusia memang telah ditakdirkan untuk hidup dan mati sekali sahaja di dunia ini. Hidup sekali, mati sekali.
Ya. Yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini satu hari nanti. Ia bergantung kepada ajal kita dan apa takdir kita. Kita tidak tahupun bila, dimana kita akan pergi.
Bercakap pasal hal ini. Dalam bulan ini sahaja, saya mengetahui kematian dua orang remaja/pelajar yang masih muda lagi.
Bukan kerana kemalangan jalan raya yang biasanya boleh meragut ramai nyawa2 dalam sekaligus.
Bukan kerana aids, bukan kerana hiv, bukan kerana tsunami, bukan kerana selesema burung dan sebagainya. Tapi ia secara tiba2..
Seorang daripada yg meninggal itu adalah pelajar UMS disebabkan terjatuh daripada Parit.
Parit tu tidak lah dalam sangat. Tapi memang sudah ajal. Ajal. Dia koma dan meninggal selepas itu.
Begitu saja..
Seorang lagi, merupakan kwn2 se’asrama, satu sekolah dulu, sekarang baru 16 tahun, sudah pergi untuk selama2nya. Dengan tiba2, kena heart attack. Baring-baring, tetiba dah pergi dan meninggalkan kwn2, keluarga dan dunia ini...
Begitulah hidup.. Beginilah ketentuan..
Apa2pun.. Takziah kepada keluarga dan saudara mara bagi mereka yang telah pergi itu..
Itu baru dalam kalangan orang yang dikenali.Kalau mata ini dibuka lebih luas lagi, Orang2 di luar negara, mereka yang tidak mampu untuk hidup, yng berada dlm kesengsaraan,kemiskinan, kedaifan dan sebagainya, setiap hari ada shaja yang meninggalkan dunia....
Apa2pun. Teruskan hidup kerana hidup ini amat berharga...
Ikhlas dri valsonz.











